You are currently viewing DTRC AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur diiktiraf Anugerah Khas Drive Thru Recycle Center (DTRC)

DTRC AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur diiktiraf Anugerah Khas Drive Thru Recycle Center (DTRC)

Bersempena dengan Malam Apresiasi Madani Cintai Bumi untuk Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2023, Alam Flora telah menggapai satu lagi pencapaian apabila diberikan pengiktirafan dengan Anugerah Khas Drive Thru Recycle Center (DTRC) bagi DTRC AEON BiG Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir kepada Encik Kuit Kheng Keong, Pengurus Negeri Alam Flora Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Turut hadir sama, Puan Ummi Khaltum, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan.

Dengan adanya kewujudan fasiliti seperti ini, sudah pasti dapat memudahkan orang awam untuk menghantar barangan kitar semula disamping dapat menarik minat mereka untuk terus menerus mengitar semula.

Kami amat berterima kasih di atas penghormatan ini, dimana ianya melambangkan komitmen dan dedikasi Alam Flora yang berterusan terhadap inisiatif kelestarian dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun 2023.

Bersama kita teruskan komitmen kita untuk melindungi bumi kita!

#JomRawatBumi #RecyclingIsALifestyle #MalamApresiasiMadaniCintaiBumi #EnhancingLifeEnrichingCommunities