You are currently viewing Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Alam Flora telah berkolaborasi bersama SWCorp & KPKT untuk membuka pameran berkaitan 3R, sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Bukit Jalil, bermula Jumaat sehingga Ahad semalam.

Acara ini telah dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut melawat ke tapak pameran kami untuk beramah mesra dan meluangkan masa bermain boling botol kitar semula.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke tapak Alam Flora bagi memeriahkan suasana.

#JomRawatBumi #3RonWheels #ActNowOnClimateChange #EnhancingLifeEnrichingCommunities