You are currently viewing PROGRAM RAGA KASIH DEEPAVALI 2023

PROGRAM RAGA KASIH DEEPAVALI 2023

Cahaya Deepavali menjelang kembali

Raga Kasih dihulur berkongsi rezeki

Semoga hari Deepavali bertambah ceria dan bercahaya

Program Raga Kasih Deepavali 2023 telah bermula pada 1 November sehingga 8 November 2023.

Penyerahan telah dilakukan secara berperingkat kepada 110 penerima yang terdiri daripada kakitangan terpilih bagi Alam Flora & AFES di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Raub, Bentong, Kuala Lipis, KLIA, U5, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuantan, Temerloh, Bera, Maran & Jerantut.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi di setiap Kawasan Perkhidmatan dan wakil Ibu Pejabat.

Semoga dengan sumbangan Raga Kasih Deepavali ini dapat memberikan sedikit senyuman kepada kakitangan yang memerlukan di dalam membuat persiapan menyambut Hari Deepavali 2023.

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua warga kerja Kumpulan Alam Flora yang meraikannya!

#RagaKasihDeepavali2023 #AFGstrongerTogether