You are currently viewing Majlis Pelancaran Video Cara Kerja Pembersihan & Penyampaian Anugerah Penghargaan

Majlis Pelancaran Video Cara Kerja Pembersihan & Penyampaian Anugerah Penghargaan

Alam Flora bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Video Cara Kerja Pembersihan & Penyampaian Anugerah Penghargaan yang bertempat di Ibu Pejabat SWCorp, pada 9 November 2023.

Puan Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan telah melancarkan program tersebut bersama-sama Pengurus Negeri Alam Flora Wilayah Persekutuan, Encik Kuit Kheng Keong.

Program ini adalah salah satu inisiatif untuk menyediakan video cara kerja bagi membantu semua pekerja Alam Flora memahami cara kerja di lapangan dengan baik.

Setelah itu, majlis tersebut disusuli dengan pemberian anugerah penghargaan kepada penyelia-penyelia Alam Flora, subkontraktor dan Pembantu Penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan.

Inisiatif seperti ini diharap dapat menyuntik semangat di kalangan pekerja agar terus komited dalam menjalankan tugasan.

#JomRawatBumi #AlamFlora #EnhancingLifeEnrichingCommunities